Thursday, February 24, 2011

SI LALAT DAN SI LEBAH

Kisah Si Lalat yang terbang di dalam taman yang penuh bunga-bunga mekar dan wangi tetapi tetap juga najis yang dicari untuk dihinggap si mata lalat ; dan
Sang Lebah pula sekiranya terbang di kawasan sampah yang busuk dan kotor, akan tetapI si mata lebah HANYA mencari bunga yang wangi dan harum.
Morale of the story;
Sekitar tentang kehidupan manusia, kalau yang manusia jenis mata lalat walau sebaik mana orang disekelilingnya dan semanis mana kebaikan yang dibuat kepadanya TETAP dianya akan mencari akan kesalahan, keburukan dan kejelekan orang yang disekeliling dia tidak akan nampak akan kebaikan-kebaikan.
Dan amat sedikit orang yang jenis mata lebah yang mana walau sebanyak mana keburukan dan kesalahan orang padanya tetap juga akan mencari kebaikan orang itu walau hanya sedikit dan dia tak pernah melihat akan keburukan.
Dan si lebah akan menghasilkan madu yang menjadi penawar dan kemanisan kepada ramai manusia sedangkan lalat kalau sudah hinggap pada makanan akan meninggalkan kuman yang membawa penyakit kepada ramai manusia.
Siapakah diri kita, SI MATA LALATkah ? atau  SI MATA LEBAH ?